21 august 2007
singapore
Ya Allah…
HambaMu ini malu Ya Allah kerana bisa jatuh cinta kepada makhlukMu sedangkan dia itu juga milikMu, di dalam kekuasaanMu dan tidak akan bisa kekal sepertiMu. Engkau sentiasa kekal Ya Allah. Begitu juga cintaMu sedangkan cinta makhluk itu bisa sahaja hilang dibawa zaman. Jadikanlah perasaan cintaku ini kepadanya semata-mata untukMu dan keranaMu Ya Allah. Semoga perasaan cintaku kepadanya yang Engkau tanamkan di dalam hatiku adalah untuk mendekatkanku kepadaMu Ya Allah. Walaupun berjauhan dan sentiasa terpisah tetapi ianya adalah keranaMu Ya Allah. Apabila Engkau menemukanku dengannya, bantulah kami untuk sentiasa dalam keadaan mengingatiMu dan kekasihMu Rasulullah. Redhailah pertemuan kami Ya Allah. Hadirkanlah Rasulullah di setiap saat kami mengingatiMu dan Rasulullah. Engkaulah kekasih kami yang sebenar Ya Allah. Begitu juga cinta kami sangat mendalam untuk kekasih abadiMu Rasulullah. Maka jadikanlah kami dalam keadaan bercinta hanyalah semata-mata untuk sentiasa mencintai, mentaati dan mengingatiMu serta junjungan mulia Rasulullah ‘alaihissolatu wassalam.
suddenly i’m all emotions…
sooo unlike me… but i couldnt help it…
arihni waqalbi Ya Rabb!…

Ameen Ya Rabbal Alamin
salam ziarah~
=) kak nadia sihaat ker?
ingt lagi x ihsan? ehhehe
erm, mintak izin nk letak link akak kat blog eh?
kirim salam kat kat liyana eh…